...living L.I.F.E and l0ving i.t...

Tuesday, September 05, 2006

kehadapan pakcik yang memandu kereta di hadapan..


dalam keadaan trafik yang teruk tadi, saya sangat seronok kerana kereta pakcik ada di depan saya. saya saaaaaangat suka kereta pakcik. boleh la saya katakan di sini bahawa kereta yang pakcik pandu tu, kereta impian saya walaupun, sekiranya saya ada duit yang sangat banyak dan cukup untuk menjadikan saya mampu untuk membeli kereta itu, saya tidak akan membelinya atas dasar saya tidak mahu membazir kerana ada banyak perkara lain dan cara lain untuk saya membelanjakan duit yang sebegitu besar jumlahnya..kecuali lah sekiranya saya ada syarikat dan mahu, harus dan mesti membeli sebuah kereta yang mahal bagi mengelakkan syarikat daripada dibebankan dengan cukai yang 'extravaganza' jumlahnye..(Siapa kata saya tidak tahu apa2 tentang dunia bisnes dan kompeni?? ;D )

berbalik ke tujuan sebenar saya bersuara di sini; ya, saya sangat suka kereta pakcik dan saya bahagia dan gembira untuk pakcik kerana pakcik memiliki kereta yg pakcik pandu itu. TETAPI pakcik..*tone btukar sedikit ke nada marah* saya sangat kecewa apabila saya melihat *ptuih* kereta pakcik memuntahkan SAMPAH KULIT BUAH PULASAN dari tingkapnya. saya langsung tidak menyalahkan kereta pakcik. saya tahu dia tidak bersalah. saya marah dengan pakcik ni. saya nampak kulit buah tu dibaling keluar dari tingkap tempat duduk pemandu. ha..mau kata apa? saya cuba utk husnuzon..saya fikir, mungkin pakcik TERcampak, dalam keadaan separuh sedar. mungkin keadaan trafik di JB yg amat teruk mungkin ada sedikit merosakkan mood pakcik dan memberi sedikit tekanan perasaan kepada orang2 seperti pakcik yang saya rasa dalam perjalanan pulang ke rumah setelah sehari bekerja di ofis.

TETAPI kan pakcik..tiba2 selepas lebih kurang 1 minit, saya nampak SATU lagi kulit buah pulasan menjadi mangsa,,kemudian boleh la kan ada 2 kali lagi pakcik buang sampah KERTAS kecil yg digumpalkan.. ape cerita pakcik????

saya paling pantang orang buang sampah dari kereta di jalan raya. saaaaangat pantang. saya boleh je tadi kalau saya nak tekan hon kereta banyak kali, 'cium' bumper kereta pakcik yang sangat haaawttt *ttsssss* itu, tapi saya bukanlah samseng jalan raya. in fact saya percaya saya adalah salah seorang daripada 'civilized citizens of' Malaysia dan saya fikir tidak harus saya membuat kecoh di jalan raya. lagi pun, pakcik lebih tua dari saya dan saya tidak mahu dianggap tidak hormat pada orang yang lebih tua dari saya.

oleh itu, saya hanya mampu untuk mendoakan pakcik. semoga hati pakcik lembut dan di beri kesedaran bahawa tidak harus seseorang itu membuang sampah di jalan raya. tak kesah la apa sekalipun kedudukan pakcik, status pakcik, ataupun hebat mana, hot mana sekalipun pakcik, (bcoz i think ur looking really good for a man in his early fifties- i assumed) ataupun kereta pakcik. sekian. terima kasih.

p/s: terima kasih juga saya ucapkan kepada pakcik kerana saya sudah lebih yakin untuk mengambil bahasa melayu perundangan sem depan. saya semestinya tidak akan melupakan kereta pakcik. saya amat setia. saya sangat suka kereta pakcik maka tidak mungkin mudah untuk saya melupakan kereta sebegitu sehingga ke akhir hayat..namun demikian, kalau saya skor A untuk kertas BMP saya, saya akan ingat pakcik juga.

4 y0ur say:

  • i dnt knw wht to say...

    i'm still trying to get some air here...

    *doubles up*

    says Anonymous Anonymous, at 11:32 PM  

  • thanx lub *sarcasm fills the air* i told u it wasnt meant to be fuh-ney..

    u cud at least compliment my BM la!!!!!!!!!!

    oh hey, i shud get ezryn read this. so much for always screaming in my ears "ur BM suxxxx"..

    says Blogger ryhn, at 11:47 PM  

  • terharu baca entry kali nih
    ur BM much2 better than mine
    congratz!

    says Anonymous Anonymous, at 7:00 PM  

  • *beaming smile* to kak bie. oh btw, yeah, i vote with you for najihah!!!

    says Blogger ryhn, at 8:55 PM  

Post a Comment

<< Home